Fungsi

  • Memberi khidmat sokongan dalam penyediaan bahan untuk siaran TV.

  • Merancang, mengurus dan melaksanakan pendokumentasian, pemeliharaan, pemuliharaan dan penyediaan koleksi Arkib TV.

  • Merancang, mentadbir, mengurus dan menilai perolehan, pendokumentasian bahan audio serta memberi perkhidmatan sokongan dalam penyediaan lagu-lagu tempatan serta luar negara untuk siaran di semua stesen radio RTM.

  • Merancang, mengurus dan melaksanakan pendokumentasian, pemeliharaan, pemuliharaan dan penyediaan koleksi Arkib TV dan Arkib Berita.

  • Menyediakan perkhidmatan Pusat Sumber Maklumat Buku di premis RTM bagi memupuk minat membaca dan pembelajaran sepanjang hayat.

  • Merancang pemeliharaan, pemuliharaan dan mendokumentasikan koleksi Arkib Foto Jabatan.

  • Melaksanakan tugas-tugas arkib bahan-bahan terbitan Jabatan dan menyelaras urusan permohonan salinan futej/ salinan program.