Bahan Terkini

 

PEMERKASAAN WANITA, KANAK- KANAK DAN KELUARGA DI MALAYSIA: PERSPEKTIF ISLAM DAN UNDANG-UNDANG
Pengarang: Norazla Abdul Wahab
Tahun Terbitan: 2019
ISBN: 9789675472398
Sinopsis: Pemerkasaan Wanita, Kanak-kanak dan Keluarga di Malaysia: Perspektif Islam dan Undang-undang ini memuatkan sebanyak sebelas artikel membabitkan perbincangan-perbincangan daripada pelbagai sudut wanita, keluarga dan kanak-kanak. Justeru selaku editor bagi buku ini penulis percaya bahawa para pembaca boleh memperolehi input yang sangat bermanfaat hasil daripada perkongsian ilmu daripada mereka yang dinyatakan tadi.

 

Production Design Visual Design for Film and Television
Pengarang: Peg McClellan
Tahun Terbitan: 2021
ISBN: 9781138185425
Sinopsis: Reka Bentuk Produksi: Reka Bentuk Visual untuk Filem dan Televisyen ialah panduan amali untuk Production Design dan Art Direction. Pengarang iaitu Peg McClellan memberikan pandangan tentang pengalaman dan cabaran bekerja sebagai pereka untuk produksi filem dan televisyen.

 

Encik Pembunuh
Pengarang: Hilal Asyraf
Tahun Terbitan: 2019
ISBN: 9789672208150
Sinopsis: "Ahli-ahli dunia gelap telah menggelarnya sebagai 'Izrail' kerana setiap kali organisasi dunia gelap tumbang, dialah yang bertanggungajwab. Dia telah meragut 900 nyawa. Namun Faisal sudah rasa muak dengan darah dan mula tawar hati meneruskan kehidupannya itu. Sedang kemelut jiwanya mencapai kemuncak, kenalan lamanya Amirah muncul. Faisal membuat tindakan drastik, melamarnya ketika itu juga. Berhajat Amirah menjadi surihatinya, menemaninya dan membantunya keluar dari kegelapan.Pada masa yang sama, Organisasi Hitam, yang menaungi Faisal, mempunyai satu agenda rahsia yang bakal menggegarkan Malaysia. Apakah Faisal akan berjaya menyelamatkan dirinya?

 

 

Jika Mawar Pudar Warna
Pengarang: Aulia Iman
Tahun Terbitan: 2014
ISBN: 9789670246659
Sinopsis: Dialah Amira, seorang gadis polos dan lurus bendul. Kerana sikapnya yang mudah dipermainkan, dia telah hilang harga sebuah kesucian. Kerana kisah pada suatu malam dengan Edrian, dia hilang segalanya. Masa depan dan cinta!“Kononnya Asyraf lelaki mulia yang sanggup terima buruk dan baik aku! Tapi, bila hari pernikahan semakin tiba, dia tinggalkan aku tanpa alasan! Aku putus harap untuk percaya kepada manusia bernama lelaki!”Dia, Taufiq. Seorang anak muda yang pentingkan status dan pangkat. Dia bersetuju menebus maruah Amira. Apatah lagi, permintaan Dato Amri, abahnya Amira datang bersama satu tawaran hebat, Kristal Property akan diserahkan kepada dirinya sebagai hadiah perkahwinan. Tiada langsung ruang buat Amira dalam hatinya, melainkan secebis tanggungjawab sesama insan.Menjalani kehidupan rumah tangga bersama insan yang polos, ternyata membuatkan hidup Taufiq bertukar 360 darjah. Dia yang serius, dia yang garang dan dia yang bengis, akhirnya bertukar karakter. Senyum dan usik-mengusik mewarnai hari-hari berikutnya.

 

Tom Clancy Shadow of the Dragon
Pengarang: Mark Cameron
Tahun Terbitan: 2020
ISBN: 9780593188095
Sinopsis: Di atas kapal pemecah ais di Lautan Artik, seorang pengendali sonar mendengar bunyi luar biasa yang datang dari dasar lautan. Dia tidak boleh mengasingkannya dan menjadikan peristiwa itu sebagai anomali dalam sistem yang baru dipasang. Sementara itu, kerjasama dengan Kementerian Keselamatan Negara China sedang berhadapan dengan misteri mereka sendiri--kehilangan saintis, Liu Wangshu. Mereka terdesak untuk mengekalkan pengetahuan pentingnya tentang aeroangkasa dan teknologi tentera laut daripada tangan pesaing mereka. Menemui Liu adalah peluang yang terlalu hebat untuk dilepaskan oleh mana-mana perkhidmatan perisikan, tetapi ada satu lagi masalah. Seorang Cina peringkat tinggi, kod nama Surveyor, telah berjaya menyusup masuk ke dalam Perisikan Amerika. Presiden Jack Ryan hanya mempunyai satu pilihan: hantar John Clark dan pasukannya jauh ke China untuk mencari seorang pelajar lama profesor yang mungkin memegang kunci keberadaannya. Ini adalah pertaruhan yang berbahaya, tetapi dengan John Clark yang memegang kad, Jack Ryan turut serta.