KOLEKSI MULTIMEDIA

Bahan berbentuk audio visual seperti Open Reel (C Format), Beta Analog, Beta Digital, XDCAM, bahan file-base, CD dan DVD yang merangkumi pelbagai genre seperti drama, telemovie, majalah, dokumentari, hiburan, sukan dan sebagainya. Koleksi bahan foto juga berbentuk CD dan file base (NeuCanvas).

a

Koleksi Bahan Swasta
Koleksi bahan swasta tempatan yang merangkumi bahan seperti drama dan telemovie yang dihasilkan oleh penerbitan luar RTM. Koleksi ini adalah dalam format Beta Digital, XDCAM dan file-base.

b

Koleksi Bahan Luar Negara (Syndicated)
Koleksi bahan luar negara yang merangkumi bahan seperti drama, telemovie dan lain-lain yang disewakan daripada pihak syarikat luar dan mempunyai tempoh had siaran. Koleksi ini adalah dalam format XDCAM dan tidak dijual.

c

Koleksi Bahan Arkib
(i) Arkib Siaran
Bahan arkib siaran adalah bahan dalaman yang digunakan untuk tujuan siaran seperti bahan drama, hiburan, dokumentari, sukan dan lain-lain lagi. Format Open Reel (C-Format), Beta Analog, Beta Digital, XDCAM dan file base.
(ii) Arkib Bukan Siaran
Bahan arkib bukan siaran adalah bahan seperti stock shot, clean feed, dan bahan master.

d

Koleksi Bahan Foto
Koleksi foto daripada tahun 1970-an hingga kini. Merangkumi foto-foto berkaitan RTM. Foto-foto ini dalam bentuk Film Negative, Photo Print, CD dan File Base